Sunday, March 17, 2013

service off

    Sekarang ni saya dah tak buat service hantar orang atau carikan orang kerja kat singapore atas sebab-sebab peribadi yang tidak dapat di elakkan.
    Insyaallah sekirannya ada kesempatan saya akan iklankan job kosong. Tapi sebenarnya hari-hari ada job kosong. Cuma korang kene rajin cari je. Tu je..
    Ni salah satu iklan yang saya dapat. Good luck to you all...



  1. berminat untuk berkerja di bidang PERHOTELAN di Singapura? gaji asas 900sgd+ 100sgd (elaun kehadiran penuh 26hari)+ 4sgd sehari (elaun pengangkutan dibayar setiap minggu)=$1104SGD sebulan. *kenaikan gaji antara 100sgd-200sgd setelah pengesahan jawatan antara 4-6 bulan (berdasar prestasi kerja)
    Ada slip gaji,surat tawaran kerja,surat pengesahan jawatan,pinjaman harian 10sgd,minum pagi,tengahari,ptg&malam percuma,paspot/permit simpan sendiri,hostel berhawa dingin,tv,peti ais,mesin basuh dan sbagainya, Sila hubungi saya, Muhaimin 0193606906/+6598907598 (bukan agen) saya akan membantu anda dari pintu masuk kastam/imigresen malaysia/singapore sehingga ketempat kerja,penginapan dan memastikan semua kebajikan anda didalam keadaan baik,in`sya`ALLAH * tiada potongan apa2 atau kos tersembunyi.Bawa gambar berukuran paspot 2 keping/paspot
    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam best giler ofer ni.... sapa nak cuba call la cepat. tak de caj agent beb..
      Delete
  2. Yup tuan tanah, xder Caj Agent.Saya buka peluang ini dan harapan saudara/saudari yg berminat kerja baik2 dan jaga nama baik saya sebagai wakil dari pihak Hotel.Boleh add saya di Facebook Muhaimin Jamil Akil @ Yodshenklai@yahoo.com :)) ramai juga yg call saya dan saya akan bawa masuk kwn2 kita ni ke Singapore pada 22hb March mengikut kuota permit kerja yg dikeluarkan oleh Ministry Of Manpower (M.O.M).Lepas tarikh 22March nnti akan menyusul lagi kuota seterusnya, In`sya` ALLAH, Terima Kasih Adi Syahir :)

Tuesday, March 5, 2013

Trafik di Singapore

Keadaan trafik kat singapore okay je. Cuma akan jadi Jem bila waktu nak balik kerja dan masuk kerja. Biasalah waktu tu orang berpusu-pusu nak kerja. Tapi paling jem ialah apabila di kastam. Saya tak dapat na siarkan gambar orang jem sebab sekarang ni saya dah tak kerja kat singapore. Sekarang saya lebih tertumpu kerja kat Malaysia sebab tengah belajar buat kerja-kerja construction. Saya target lagi lima tahun nak buat kerja construction kat singapore pulak.
Kesesakan jalan raya di kastam singapore kebiasaannya akan memeranjatkan sesiapa sahaja yang tak pernah terperangkap dalam kesesakan di sini. Biasanya kalau jem kadang kala akan mengambil masa sejam lebih kerana beratur untuk diperiksa oleh kastam singapore. untuk yang menaiki motor pula akan menyorong motor selama hampir sejam untuk melepasi kastam singapore sama ada masuk ke singapore atau keluar ke singapore.  waktu jalan paling sesak ialah pukul 5.00am sehingga 10.30am dan pukul 5.30pm hingga 9.00pm.
Kalau naik kereta atau bas mungkin selesa sikit sebab dok dalam aircond. Kalau naik motor seksa sikit la terperangkap dalam asap motor. Setiap kenderaan dibahagikan kereta dalam laluan kereta, bas di laluan bas, motor di laluan motor dan lori di laluan lori.
Sekarang ni laluan motor waktu nak balik dah jadi cepat sikit sekiranya terperangkap dalam jem kerana kastam singapore telah menambah pondok pemeriksaan passport. Paling lambat pun dalam setengah jam.
Saya tak dapat nak kata yang mana satu cara traveling paling baik sebab semuanya ada kelebihan dan kekurangan masing masing. Bergantung pada kesenangan kita sendiri. Tapi saya nak bagi amaran jangan sesekali tumpang lori. Saya pernah tumpang lori dan terperangkap dalam jem selama 4 jam.
Kalau nak ikutkan perjalanan dari Kastam singapore ke Kastam Malaysia di Woodland tak de la lama sangat. Cuma mengambil masa Lima minit je untuk sampai. Tapi orang akan rasa tertekan disebab kan jem. Bayangkan orang yang kerja kat siingapore kene menempuh situasi ni hari-hari. Tapi kalau dah biasa semua tu tak de apa-apa. Gaji besar beb. kalau tak takde la orang sanggup menempuh Jem.

Monday, March 4, 2013

Kehidupan Di Singapore

     Kehidupan rakyat di Singapore agak lebih maju berbanding rakyat di Malaysia. Mana rakyat yang miskin kebanyakannya akan lari ke Malaysia. Rata-rata rakyat singapore memakai handphone yang canggih-canggih. Mana taknya. Mata wang diorang besar dan kebanyakkan alat elektronik diorang ikut harga kat Malaysia. Sebagai contoh jika I Phone 4s dulu berharga RM3000 ringgit kat Malaysia tapi  kat singapore baru SGD1400. Kalau cleaner kat sana boleh dapat kumpul gaji SGD2000 sebulan(termasuk), agak-agak berapa orang yang boleh pakai I phone 4s kat sana ?
     Biasanya teknologi elektronik baru akan dijual diSingapore lebih awak dari di Malaysia. Ini kerana Teknologi elektronik tersebut akan dijual pada harga yang mahal dahulu,kemudian baru turun harga apabila teknologi yang lebih baru tiba. Sebagai contoh satu ketika dulu TV jenis LED 42" 3D apabila baru dijual di Singapore berharga SGD6000 -7000 . Kalau kat Malaysia dah mencecah harga RM15,000 .
Kat singapore memang ramai yang mampu beli jika pada harga SGD6,000 tapi klu kat Malaysia berapa ramai sangat yang nak membeli TV yang harganya dekat sama dengan harga kereta? Apabila Smart TV tiba barulah harga barulah TV LED 3d turun harga sekitar SGD2000 - 3000 . Waktu ni barulah TV LED 3D boleh di pasarkan di MAlaysia kerana waktu ni barulah kebanyakkan rakyat malaysia mampu beli dan rasa tak de la rugi sangat beli.
     Itu la sebabnya kenapa rata-rata rakyat singapore lebih maju dari segi teknologi.
     Dari segi ekonomi pula, Kerajaan singapore memantau dengan sangat rapat. Rakyat singapore kebanyakannya sangat takut melanggar undang-undang. Sebab klu kene saman, silap-silap boleh jatuh muflis. Jadi rasuah memang susah nak diamalkan di sana. Lagipun negara Singapore sangat kecil, jadi pemantauan sangat mudah untuk dilakukan. Tengok la kamera yang di pasang. Orang memang susah nak lari punya. Nak buang sampah dan meludah pun orang tak berani.
    Harga makan kat restoran pula lebih mahal dari harga makan kat MAlaysia. Harga nasi ayam di singapore dalam SGD3.50 kat Malaysia baru RM4.00 .begitu juga dengan minuman, Milo ais di Singapore SGD1.30 kat Malaysia paling mahalpun baru RM1.8 . Tu la sebabnya banyak rakyat Singapore yang akan turun ke JB untuk makan-makan.
    Tapi disebaliknya rakyat Singapore ni ramai yang tertekan dengan kehidupan disana. Baik dari segi Ekonomi dan sosial. Di sana cara pengurusan kerja agak keras. Maklum la kebanyakkan orang kat singapore ni terdiri dari keturunan orang cina dan kita tahu cara orang cina ni agak keras bila memerintah. Mungkin mereka terbawa-bawa dengan fahaman komunis dari negara China. Bukannya cina Singapore je. Tapi Cina Malaysia pun ada yang masih ramai yang mengamalkan cara tersebut. Tapi banyak juga orang cina di Malaysia yang dah berevolusi dan tidak mengamalkan pengurusan secara keras terutamanya bila dengan keluarga.
    Saya harap info ini dapat membantu anda sedikit sebanyak tentang kehidupan di Singapore. Jadi jika ada yang tertekan bekerja tu. Jangan dilayan sangat tekanan anda tu. Fikirkan yang anda bekerja untuk dapat duit sahaja. Bila dah banyak kumpul duit baru balik Kampung.

Saturday, March 2, 2013

Kene Berani Beb

Semalam ada orang call saya tanyakan samaada saya boleh carikan kerja untuk dia atau tidak. Saya bukannya tak nak carikan. Tapi saya rasa elok la dia cari sendiri. Paling bagus ialah korang harus datang sendiri cari. Paling tidak pun  kat JB ni sendiri ada banyak jawatan kosong menanti. Kalau setakat technician tu. Kat JB ni orang pakai SPM dan tak de experiance pun boleh dapat kerja technician kilang. TAk percaya? datang la cuba. Kerja kosong kat JB jadi banyak disebabkan ramai orang lari kerja kat singapore dan KL. So nak takut apa ? yang penting kene berani la beb.
Saya cuma akan bawa orang masuk ke singapore untuk dia cari kerja. Bukannya saya cari kerja untuk dia. Saya akan tunjukkan di mana boleh bertanyakan kerja kosong. Saya tak nak orang lain jadi macam saya dulu. Kerja di tempat yang saya sendiri tak minat. Kemudian saya akan salahkan orang yang bawa saya tu. Tak nak la orang lain salahkan saya pulak.