Tuesday, June 4, 2013

Gaji lumayan

Semua orang yang surf blog ni semuanya nak gaji lumyan. Tapi semuaya hanya tertumpu kat singapore je. Apa kata korang try usha-usha kerja kat new zealand ke, Australia ke, Abu Dhabi ke. Kan ke kat sana gaji lagi besar. Yang aku dengar kerja kat Australia diorang kira gaji ikut jam. Aku ada kawan Indon yang dapat kerja kat Australia. Dia keje kat ladang buat. Kejenye hari2 petik buah. Gaji dia 20 dollar sejam. Tempat tinggal bos dia bagi. Tapi aku dah lama lost contact dengan dia. Sehari katanya dia boleh dapat 200 lebih. Amacam? teruja tak ? aku pun teruja dibuatnya. Tapi aku dah ada bisnes kat sini jadi sayang nak tinggal. So.. ikut korang la mana korang nak buat. Aku cuma bagi idea je..

Monday, May 13, 2013

kerja kosong terbaru singapore

2 kekosongan untuk wanita untuk kerja di perhotelan di Singapura (housekeeping)

5 Kekosongan untuk lelaki jawatan Houseman

1)Gaji pokok 1000sgd
2)Elaun transport SGD104.00 (hanya kepada pekerja yang hostel berasingan dengan tempat kerja)
3)Jawatan Tetap.
4)Tiada apa apa bayaran atau kos Agen (bukan agen)
5)Permit diuruskan oleh pihak Hotel
6)kerja 7pagi-7mlm (12Jam)
7)Hanya bayar hostel 200sgd sebulan) *Hostel lengkap dengan kemudahan.
berminat sila hubungi saya segera, 0193606906 Muhaimin (6petang - 12tengah malam)
(JANGAN SMS)
Tarikh Iklan : Sabtu 11Mei 2013

Friday, April 19, 2013

Kerja Kosong singapore... Sorry lambat post

Terbaru: 14 April 2013/ 18.00hours@6.00mlm
Gaji Basic kerja di Hotel $1000sgd++elaun 
a)jawatan Houseman/Housekeeping
b)laundry $1200++elaun (kerja di Tuas)
*kuota hanya untuk lelaki (10 Hotel/5 laundry)

*berminat call, 0193606906 atau +6598907598

Monday, April 8, 2013

Tak Dapat Permit

Kepada mereka-mereka yang tidak dapat permit kerja jangan putus asa. Kerana di singapore sebenarnya ramai rakyat malaysia yang berkerja tanpa permit. Termasuk lah rakyat dari negara lain. Ini kerana syarat untuk mendapatkan permit kerja di singapore sangatlah ketat. Sebagai contoh, sekarang ni kalau tak de SPM tak boleh nak buat permit.
    Tetapi ada juga majikan yang mengambil pekerja tanpa permit. Ini kerana masalah kesukaran mendapatkan pekerja dan juga pekerja yang boleh diluluskan permit mengikut syarat yang dikenakan oleh gov.Tapi bagi mereka yang berkerja tanpa permit perlulah berhati-hati supaya tidak tertangkap. Paling selamat ialah tempat kerja yang melompat-lompat . Sebagai contoh ikut lori hantar barang, pasang air-cond, buat wiring dan sebagainya,
    Tapi kalau nak cari kerja-kerja macam ni kene rajin pegi sendiri dan tanya. Kalau Nak cari iklah surat khabar memang tak de la.

Saturday, April 6, 2013

Pilihan Raya

Pilihan Raya dah dekat sangat. Nampaknya Barisan Nasional macam dah goyang. Tinggal masa nak tumbang je. Sebenarnya saya suka lagi UMNO. Sebabnya saya dapat rasakan yang diorang ni betul2 membela nasib orang melayu serantau. Tapi malangnya diorang ni dah dicemari rasuah yang berpanjangan. Saya rasa satu malaysia dah tau dah perkara ni. Tu yang Barisan Nasional dah goyang. Saya sendiri naik malu kalau nak mengundi Barisan Nasional. Macam mana nak undi kalau dah banyak sangat diorang buat tak betul. Kalau PM kita baik macam malaikat sekalipun. Anak2 buah dia yang buat hal. Kakitangan kerajaan juga yang buat hal. Pemimpin2 UMNO mungkin banyak yang buat baik. Tapi macam mana pula dengan kakitangan kerajaan yang asyik makan Rasuah? Bukan ke diorang tu orang kuat Barisan Nasional? Sayang seribu kali sayang Barisan Nasional tak dapat nak pantau kegiatan rasuah ni dengan baik.
    Walaupun saya takkan mengundi Barisan Nasional tapi tak bermakna saya akan mengundi Pakatan Rakyat. Sebabnya mudah, saya tak nak orang cina naik. Orang cina ni memang la sekarang nampak macam baik, macam boleh dibawa berunding. Tapi hakikatnya bukti yang saya nampak dekat singapore ni, orang melayu macam terpinggir. Diorang lebih mementingkan orang cina lagi berbanding dengan orang India dan Melayu.
     Seperti contoh, kerja-kerja yang mempunyai gaji besar di Singapura kebanyakkannya dimonopoli oleh orang cina. Sebabnya sekarang ni kebanyakkan perniagaan dimonopoli oleh orang cina. Bila nak cari pekerja, seboleh-bolehnya diorang nak cari orang cina. Disebabkan terdesak nak ambil pekerja barulah diorang ambil orang melayu bekerja. Ramai orang melayu yang bekerja di Singapore boleh nampak keadaan ini. Tapi yang bodohnya mereka masih nak mengundi pakatan rakyat. Walaupun tau orang melayu kat sini kene Buli dengan orang cina. Korang tak pernah tengok tokey cina maki hamun (mencarut-carut, tengking-tengking) kat orang melayu. Saya pernah kene sekali. Tapi sekali tu je la saya kerja dengan dia. Esok saya cari kerja baru. Nasib baik saya kat singapore. Kalau dia ikut saya balik malaysia memang habis la dia saya kerjakan. Tapi bukan semua tokey macam tu. Ramai tokey yang baik. Tapi baik2 diorang pun diorang tetap akan bagi kerja yang bagus2 kat orang cina je. Kebanyakkan melayu yang dapat kerja yang berjawatan dan gaji yang bagus sebabnya tokey tu betul2 terdesak dan orang melayu tersebut memang pekerja terbaik yang pernah dia jumpa.
     Tu la sebabnya pilihan raya kali ini saya mengambil keputusan tidak memihak kepada sesiapa. Malu nak undi Barisan Nasional dan takut nak undi pakatan rakyat. Pakatan rakyat memang nampak macam nak bahagikan kuasa ekonomi sama adil. Tapi boleh ke diorang buat macam tu sedangkan kuasa ekonomi sekarang ni cina yang pegang? Bila hak bumiputera yang satu2nya menjadi kelebihan orang melayu dibahagi kepada cina dan India, dah tentu lah cina akan lebih naik. Waktu tu nak ke diorang share dengan kita ni orang melayu ? Apa yang saya nampak kat singapore ni orang melayu tertindas teruk. Agak2 orang melayu kat Malaysia macam mana nasibnya ? Boleh ke dapat pekerjaan yang bagus2 lagi?

Sunday, March 17, 2013

service off

    Sekarang ni saya dah tak buat service hantar orang atau carikan orang kerja kat singapore atas sebab-sebab peribadi yang tidak dapat di elakkan.
    Insyaallah sekirannya ada kesempatan saya akan iklankan job kosong. Tapi sebenarnya hari-hari ada job kosong. Cuma korang kene rajin cari je. Tu je..
    Ni salah satu iklan yang saya dapat. Good luck to you all...



  1. berminat untuk berkerja di bidang PERHOTELAN di Singapura? gaji asas 900sgd+ 100sgd (elaun kehadiran penuh 26hari)+ 4sgd sehari (elaun pengangkutan dibayar setiap minggu)=$1104SGD sebulan. *kenaikan gaji antara 100sgd-200sgd setelah pengesahan jawatan antara 4-6 bulan (berdasar prestasi kerja)
    Ada slip gaji,surat tawaran kerja,surat pengesahan jawatan,pinjaman harian 10sgd,minum pagi,tengahari,ptg&malam percuma,paspot/permit simpan sendiri,hostel berhawa dingin,tv,peti ais,mesin basuh dan sbagainya, Sila hubungi saya, Muhaimin 0193606906/+6598907598 (bukan agen) saya akan membantu anda dari pintu masuk kastam/imigresen malaysia/singapore sehingga ketempat kerja,penginapan dan memastikan semua kebajikan anda didalam keadaan baik,in`sya`ALLAH * tiada potongan apa2 atau kos tersembunyi.Bawa gambar berukuran paspot 2 keping/paspot
    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam best giler ofer ni.... sapa nak cuba call la cepat. tak de caj agent beb..
      Delete
  2. Yup tuan tanah, xder Caj Agent.Saya buka peluang ini dan harapan saudara/saudari yg berminat kerja baik2 dan jaga nama baik saya sebagai wakil dari pihak Hotel.Boleh add saya di Facebook Muhaimin Jamil Akil @ Yodshenklai@yahoo.com :)) ramai juga yg call saya dan saya akan bawa masuk kwn2 kita ni ke Singapore pada 22hb March mengikut kuota permit kerja yg dikeluarkan oleh Ministry Of Manpower (M.O.M).Lepas tarikh 22March nnti akan menyusul lagi kuota seterusnya, In`sya` ALLAH, Terima Kasih Adi Syahir :)

Tuesday, March 5, 2013

Trafik di Singapore

Keadaan trafik kat singapore okay je. Cuma akan jadi Jem bila waktu nak balik kerja dan masuk kerja. Biasalah waktu tu orang berpusu-pusu nak kerja. Tapi paling jem ialah apabila di kastam. Saya tak dapat na siarkan gambar orang jem sebab sekarang ni saya dah tak kerja kat singapore. Sekarang saya lebih tertumpu kerja kat Malaysia sebab tengah belajar buat kerja-kerja construction. Saya target lagi lima tahun nak buat kerja construction kat singapore pulak.
Kesesakan jalan raya di kastam singapore kebiasaannya akan memeranjatkan sesiapa sahaja yang tak pernah terperangkap dalam kesesakan di sini. Biasanya kalau jem kadang kala akan mengambil masa sejam lebih kerana beratur untuk diperiksa oleh kastam singapore. untuk yang menaiki motor pula akan menyorong motor selama hampir sejam untuk melepasi kastam singapore sama ada masuk ke singapore atau keluar ke singapore.  waktu jalan paling sesak ialah pukul 5.00am sehingga 10.30am dan pukul 5.30pm hingga 9.00pm.
Kalau naik kereta atau bas mungkin selesa sikit sebab dok dalam aircond. Kalau naik motor seksa sikit la terperangkap dalam asap motor. Setiap kenderaan dibahagikan kereta dalam laluan kereta, bas di laluan bas, motor di laluan motor dan lori di laluan lori.
Sekarang ni laluan motor waktu nak balik dah jadi cepat sikit sekiranya terperangkap dalam jem kerana kastam singapore telah menambah pondok pemeriksaan passport. Paling lambat pun dalam setengah jam.
Saya tak dapat nak kata yang mana satu cara traveling paling baik sebab semuanya ada kelebihan dan kekurangan masing masing. Bergantung pada kesenangan kita sendiri. Tapi saya nak bagi amaran jangan sesekali tumpang lori. Saya pernah tumpang lori dan terperangkap dalam jem selama 4 jam.
Kalau nak ikutkan perjalanan dari Kastam singapore ke Kastam Malaysia di Woodland tak de la lama sangat. Cuma mengambil masa Lima minit je untuk sampai. Tapi orang akan rasa tertekan disebab kan jem. Bayangkan orang yang kerja kat siingapore kene menempuh situasi ni hari-hari. Tapi kalau dah biasa semua tu tak de apa-apa. Gaji besar beb. kalau tak takde la orang sanggup menempuh Jem.

Monday, March 4, 2013

Kehidupan Di Singapore

     Kehidupan rakyat di Singapore agak lebih maju berbanding rakyat di Malaysia. Mana rakyat yang miskin kebanyakannya akan lari ke Malaysia. Rata-rata rakyat singapore memakai handphone yang canggih-canggih. Mana taknya. Mata wang diorang besar dan kebanyakkan alat elektronik diorang ikut harga kat Malaysia. Sebagai contoh jika I Phone 4s dulu berharga RM3000 ringgit kat Malaysia tapi  kat singapore baru SGD1400. Kalau cleaner kat sana boleh dapat kumpul gaji SGD2000 sebulan(termasuk), agak-agak berapa orang yang boleh pakai I phone 4s kat sana ?
     Biasanya teknologi elektronik baru akan dijual diSingapore lebih awak dari di Malaysia. Ini kerana Teknologi elektronik tersebut akan dijual pada harga yang mahal dahulu,kemudian baru turun harga apabila teknologi yang lebih baru tiba. Sebagai contoh satu ketika dulu TV jenis LED 42" 3D apabila baru dijual di Singapore berharga SGD6000 -7000 . Kalau kat Malaysia dah mencecah harga RM15,000 .
Kat singapore memang ramai yang mampu beli jika pada harga SGD6,000 tapi klu kat Malaysia berapa ramai sangat yang nak membeli TV yang harganya dekat sama dengan harga kereta? Apabila Smart TV tiba barulah harga barulah TV LED 3d turun harga sekitar SGD2000 - 3000 . Waktu ni barulah TV LED 3D boleh di pasarkan di MAlaysia kerana waktu ni barulah kebanyakkan rakyat malaysia mampu beli dan rasa tak de la rugi sangat beli.
     Itu la sebabnya kenapa rata-rata rakyat singapore lebih maju dari segi teknologi.
     Dari segi ekonomi pula, Kerajaan singapore memantau dengan sangat rapat. Rakyat singapore kebanyakannya sangat takut melanggar undang-undang. Sebab klu kene saman, silap-silap boleh jatuh muflis. Jadi rasuah memang susah nak diamalkan di sana. Lagipun negara Singapore sangat kecil, jadi pemantauan sangat mudah untuk dilakukan. Tengok la kamera yang di pasang. Orang memang susah nak lari punya. Nak buang sampah dan meludah pun orang tak berani.
    Harga makan kat restoran pula lebih mahal dari harga makan kat MAlaysia. Harga nasi ayam di singapore dalam SGD3.50 kat Malaysia baru RM4.00 .begitu juga dengan minuman, Milo ais di Singapore SGD1.30 kat Malaysia paling mahalpun baru RM1.8 . Tu la sebabnya banyak rakyat Singapore yang akan turun ke JB untuk makan-makan.
    Tapi disebaliknya rakyat Singapore ni ramai yang tertekan dengan kehidupan disana. Baik dari segi Ekonomi dan sosial. Di sana cara pengurusan kerja agak keras. Maklum la kebanyakkan orang kat singapore ni terdiri dari keturunan orang cina dan kita tahu cara orang cina ni agak keras bila memerintah. Mungkin mereka terbawa-bawa dengan fahaman komunis dari negara China. Bukannya cina Singapore je. Tapi Cina Malaysia pun ada yang masih ramai yang mengamalkan cara tersebut. Tapi banyak juga orang cina di Malaysia yang dah berevolusi dan tidak mengamalkan pengurusan secara keras terutamanya bila dengan keluarga.
    Saya harap info ini dapat membantu anda sedikit sebanyak tentang kehidupan di Singapore. Jadi jika ada yang tertekan bekerja tu. Jangan dilayan sangat tekanan anda tu. Fikirkan yang anda bekerja untuk dapat duit sahaja. Bila dah banyak kumpul duit baru balik Kampung.

Saturday, March 2, 2013

Kene Berani Beb

Semalam ada orang call saya tanyakan samaada saya boleh carikan kerja untuk dia atau tidak. Saya bukannya tak nak carikan. Tapi saya rasa elok la dia cari sendiri. Paling bagus ialah korang harus datang sendiri cari. Paling tidak pun  kat JB ni sendiri ada banyak jawatan kosong menanti. Kalau setakat technician tu. Kat JB ni orang pakai SPM dan tak de experiance pun boleh dapat kerja technician kilang. TAk percaya? datang la cuba. Kerja kosong kat JB jadi banyak disebabkan ramai orang lari kerja kat singapore dan KL. So nak takut apa ? yang penting kene berani la beb.
Saya cuma akan bawa orang masuk ke singapore untuk dia cari kerja. Bukannya saya cari kerja untuk dia. Saya akan tunjukkan di mana boleh bertanyakan kerja kosong. Saya tak nak orang lain jadi macam saya dulu. Kerja di tempat yang saya sendiri tak minat. Kemudian saya akan salahkan orang yang bawa saya tu. Tak nak la orang lain salahkan saya pulak.

Thursday, February 21, 2013

Rate Gaji Singapore

Kilang Edward menawarkan gaji SGD1,426 termasuk dengan elaun. untuk operator
(5 hari kerja 2 hari cuti sabtu dan ahad, Shift 6.30am-3.30pm, 3.3.0pm-12.30am)

Kilang Medtronic menawarkan gaji SGD1,500 termasuk elaun. untuk operator
(3 hari kerja,4 hari cuti,4 hari kerja 3 hari cuti. Sehari 12 jam kerja)

Kilang SSMC menawarkan gaji SGD1,300 termasuk elaun .untuk operator
(3 hari kerja,4 hari cuti,4 hari kerja 3 hari cuti. Sehari 12 jam kerja)

Kilang REC menawarkan gaji SGD1,100 termasuk elaun. untuk operator
(3 hari kerja,4 hari cuti,4 hari kerja 3 hari cuti. Sehari 12 jam kerja)

Tukang cuci atau tukang sapu biasanya SGD850

Kerja dipasaraya Cold Storage SGD850 bagi pembantu pasaraya.

Semua gaji yang saya sebutkan diatas tidak termasuk Overtime. Semua tu cuma contoh-contoh gaji. Saya tak pasti sama ada kekosongan dikilang-kilang tersebut. Kalau nakkan kepastian kene tanya sendiri.


Wednesday, February 6, 2013

Berita Tak Baik Untuk Orang Sabah dan sarawak..

     Buat masa ni bagi orang sabah dan sarawak lelaki yang berumur di bawah 35 tahun sangat sukar mendapatkan pekerjaan di singapore sebab dah kene blacklist. Ini kerana diorang cakap orang sabah dan sarawak banyak buat hal kat situ. Tu la sebabnya diorang kene band. Kalau nak keje kene la tunggu lepas umur 35 tahun. Sori dah lama tak update.
      Sori la blog aku dah macam karangan. :p