Friday, April 19, 2013

Kerja Kosong singapore... Sorry lambat post

Terbaru: 14 April 2013/ 18.00hours@6.00mlm
Gaji Basic kerja di Hotel $1000sgd++elaun 
a)jawatan Houseman/Housekeeping
b)laundry $1200++elaun (kerja di Tuas)
*kuota hanya untuk lelaki (10 Hotel/5 laundry)

*berminat call, 0193606906 atau +6598907598

Monday, April 8, 2013

Tak Dapat Permit

Kepada mereka-mereka yang tidak dapat permit kerja jangan putus asa. Kerana di singapore sebenarnya ramai rakyat malaysia yang berkerja tanpa permit. Termasuk lah rakyat dari negara lain. Ini kerana syarat untuk mendapatkan permit kerja di singapore sangatlah ketat. Sebagai contoh, sekarang ni kalau tak de SPM tak boleh nak buat permit.
    Tetapi ada juga majikan yang mengambil pekerja tanpa permit. Ini kerana masalah kesukaran mendapatkan pekerja dan juga pekerja yang boleh diluluskan permit mengikut syarat yang dikenakan oleh gov.Tapi bagi mereka yang berkerja tanpa permit perlulah berhati-hati supaya tidak tertangkap. Paling selamat ialah tempat kerja yang melompat-lompat . Sebagai contoh ikut lori hantar barang, pasang air-cond, buat wiring dan sebagainya,
    Tapi kalau nak cari kerja-kerja macam ni kene rajin pegi sendiri dan tanya. Kalau Nak cari iklah surat khabar memang tak de la.

Saturday, April 6, 2013

Pilihan Raya

Pilihan Raya dah dekat sangat. Nampaknya Barisan Nasional macam dah goyang. Tinggal masa nak tumbang je. Sebenarnya saya suka lagi UMNO. Sebabnya saya dapat rasakan yang diorang ni betul2 membela nasib orang melayu serantau. Tapi malangnya diorang ni dah dicemari rasuah yang berpanjangan. Saya rasa satu malaysia dah tau dah perkara ni. Tu yang Barisan Nasional dah goyang. Saya sendiri naik malu kalau nak mengundi Barisan Nasional. Macam mana nak undi kalau dah banyak sangat diorang buat tak betul. Kalau PM kita baik macam malaikat sekalipun. Anak2 buah dia yang buat hal. Kakitangan kerajaan juga yang buat hal. Pemimpin2 UMNO mungkin banyak yang buat baik. Tapi macam mana pula dengan kakitangan kerajaan yang asyik makan Rasuah? Bukan ke diorang tu orang kuat Barisan Nasional? Sayang seribu kali sayang Barisan Nasional tak dapat nak pantau kegiatan rasuah ni dengan baik.
    Walaupun saya takkan mengundi Barisan Nasional tapi tak bermakna saya akan mengundi Pakatan Rakyat. Sebabnya mudah, saya tak nak orang cina naik. Orang cina ni memang la sekarang nampak macam baik, macam boleh dibawa berunding. Tapi hakikatnya bukti yang saya nampak dekat singapore ni, orang melayu macam terpinggir. Diorang lebih mementingkan orang cina lagi berbanding dengan orang India dan Melayu.
     Seperti contoh, kerja-kerja yang mempunyai gaji besar di Singapura kebanyakkannya dimonopoli oleh orang cina. Sebabnya sekarang ni kebanyakkan perniagaan dimonopoli oleh orang cina. Bila nak cari pekerja, seboleh-bolehnya diorang nak cari orang cina. Disebabkan terdesak nak ambil pekerja barulah diorang ambil orang melayu bekerja. Ramai orang melayu yang bekerja di Singapore boleh nampak keadaan ini. Tapi yang bodohnya mereka masih nak mengundi pakatan rakyat. Walaupun tau orang melayu kat sini kene Buli dengan orang cina. Korang tak pernah tengok tokey cina maki hamun (mencarut-carut, tengking-tengking) kat orang melayu. Saya pernah kene sekali. Tapi sekali tu je la saya kerja dengan dia. Esok saya cari kerja baru. Nasib baik saya kat singapore. Kalau dia ikut saya balik malaysia memang habis la dia saya kerjakan. Tapi bukan semua tokey macam tu. Ramai tokey yang baik. Tapi baik2 diorang pun diorang tetap akan bagi kerja yang bagus2 kat orang cina je. Kebanyakkan melayu yang dapat kerja yang berjawatan dan gaji yang bagus sebabnya tokey tu betul2 terdesak dan orang melayu tersebut memang pekerja terbaik yang pernah dia jumpa.
     Tu la sebabnya pilihan raya kali ini saya mengambil keputusan tidak memihak kepada sesiapa. Malu nak undi Barisan Nasional dan takut nak undi pakatan rakyat. Pakatan rakyat memang nampak macam nak bahagikan kuasa ekonomi sama adil. Tapi boleh ke diorang buat macam tu sedangkan kuasa ekonomi sekarang ni cina yang pegang? Bila hak bumiputera yang satu2nya menjadi kelebihan orang melayu dibahagi kepada cina dan India, dah tentu lah cina akan lebih naik. Waktu tu nak ke diorang share dengan kita ni orang melayu ? Apa yang saya nampak kat singapore ni orang melayu tertindas teruk. Agak2 orang melayu kat Malaysia macam mana nasibnya ? Boleh ke dapat pekerjaan yang bagus2 lagi?