Tuesday, March 5, 2013

Trafik di Singapore

Keadaan trafik kat singapore okay je. Cuma akan jadi Jem bila waktu nak balik kerja dan masuk kerja. Biasalah waktu tu orang berpusu-pusu nak kerja. Tapi paling jem ialah apabila di kastam. Saya tak dapat na siarkan gambar orang jem sebab sekarang ni saya dah tak kerja kat singapore. Sekarang saya lebih tertumpu kerja kat Malaysia sebab tengah belajar buat kerja-kerja construction. Saya target lagi lima tahun nak buat kerja construction kat singapore pulak.
Kesesakan jalan raya di kastam singapore kebiasaannya akan memeranjatkan sesiapa sahaja yang tak pernah terperangkap dalam kesesakan di sini. Biasanya kalau jem kadang kala akan mengambil masa sejam lebih kerana beratur untuk diperiksa oleh kastam singapore. untuk yang menaiki motor pula akan menyorong motor selama hampir sejam untuk melepasi kastam singapore sama ada masuk ke singapore atau keluar ke singapore.  waktu jalan paling sesak ialah pukul 5.00am sehingga 10.30am dan pukul 5.30pm hingga 9.00pm.
Kalau naik kereta atau bas mungkin selesa sikit sebab dok dalam aircond. Kalau naik motor seksa sikit la terperangkap dalam asap motor. Setiap kenderaan dibahagikan kereta dalam laluan kereta, bas di laluan bas, motor di laluan motor dan lori di laluan lori.
Sekarang ni laluan motor waktu nak balik dah jadi cepat sikit sekiranya terperangkap dalam jem kerana kastam singapore telah menambah pondok pemeriksaan passport. Paling lambat pun dalam setengah jam.
Saya tak dapat nak kata yang mana satu cara traveling paling baik sebab semuanya ada kelebihan dan kekurangan masing masing. Bergantung pada kesenangan kita sendiri. Tapi saya nak bagi amaran jangan sesekali tumpang lori. Saya pernah tumpang lori dan terperangkap dalam jem selama 4 jam.
Kalau nak ikutkan perjalanan dari Kastam singapore ke Kastam Malaysia di Woodland tak de la lama sangat. Cuma mengambil masa Lima minit je untuk sampai. Tapi orang akan rasa tertekan disebab kan jem. Bayangkan orang yang kerja kat siingapore kene menempuh situasi ni hari-hari. Tapi kalau dah biasa semua tu tak de apa-apa. Gaji besar beb. kalau tak takde la orang sanggup menempuh Jem.

3 comments:

  1. ASSALAM, BOLE TAU ANGGARAN GAJI PELAYAN /PEMBANTU RESTORAN MAMAK DI SINGAPORE

    ReplyDelete
  2. ade job unk construction x bro kt sg??bg la kt kwn

    ReplyDelete

  3. Mohon maaf sebelumnya. terpaksa sy ngeposting disini karna sy sudah mengalami skrg bagaimn rasanya tinggal di perantauan jd TKW. Anak sm suami di tinggal di kampung. Sy sudah 5 tahun tinggal di Macau Hkg. Cuman gali lobang tutup lobang pengen pulang ke indo gaji tidak seberapa. Tetapi namanya juga rejeki itu tidak bakalan kmn pasti ada jlan keluarnya. Halal tidaknya hanya tuhan yg menentukan. Kebetulan buka internet dapt nmor hendpone Mbah Suro ternyata beliau guru spiritual Pesugihan Dana Ghaib Tampa Tumbal dan Pesugihan Anka ghaib/Togel 3D/4D/5D/6D, tetapi waktu itu sy memilih jalan Pesugihan Togel saja, karna di dekat rumah majikan sy ada bandar nya. alhamdulillah ternyata benar2 tembus 6D dapat Hk$ 485.000 Hongkong selama 3X putarang, skrg sy bsa balik ke indo.. ya allah terima kasih rejekimu ini walaupun cuma melalui jalan Togel. siapa tau ada teman sesama TKI atau TKW yg pengen cepat merubah nasib seperti sy hubungi saja beliau di. +62 82354640471 atau 082354640471 karna sy sudah merasakan manis pahitnya tinggal di negri orang. semoga anda cocok sm beliau seperti sy. Trmksh...

    ReplyDelete