Monday, March 4, 2013

Kehidupan Di Singapore

     Kehidupan rakyat di Singapore agak lebih maju berbanding rakyat di Malaysia. Mana rakyat yang miskin kebanyakannya akan lari ke Malaysia. Rata-rata rakyat singapore memakai handphone yang canggih-canggih. Mana taknya. Mata wang diorang besar dan kebanyakkan alat elektronik diorang ikut harga kat Malaysia. Sebagai contoh jika I Phone 4s dulu berharga RM3000 ringgit kat Malaysia tapi  kat singapore baru SGD1400. Kalau cleaner kat sana boleh dapat kumpul gaji SGD2000 sebulan(termasuk), agak-agak berapa orang yang boleh pakai I phone 4s kat sana ?
     Biasanya teknologi elektronik baru akan dijual diSingapore lebih awak dari di Malaysia. Ini kerana Teknologi elektronik tersebut akan dijual pada harga yang mahal dahulu,kemudian baru turun harga apabila teknologi yang lebih baru tiba. Sebagai contoh satu ketika dulu TV jenis LED 42" 3D apabila baru dijual di Singapore berharga SGD6000 -7000 . Kalau kat Malaysia dah mencecah harga RM15,000 .
Kat singapore memang ramai yang mampu beli jika pada harga SGD6,000 tapi klu kat Malaysia berapa ramai sangat yang nak membeli TV yang harganya dekat sama dengan harga kereta? Apabila Smart TV tiba barulah harga barulah TV LED 3d turun harga sekitar SGD2000 - 3000 . Waktu ni barulah TV LED 3D boleh di pasarkan di MAlaysia kerana waktu ni barulah kebanyakkan rakyat malaysia mampu beli dan rasa tak de la rugi sangat beli.
     Itu la sebabnya kenapa rata-rata rakyat singapore lebih maju dari segi teknologi.
     Dari segi ekonomi pula, Kerajaan singapore memantau dengan sangat rapat. Rakyat singapore kebanyakannya sangat takut melanggar undang-undang. Sebab klu kene saman, silap-silap boleh jatuh muflis. Jadi rasuah memang susah nak diamalkan di sana. Lagipun negara Singapore sangat kecil, jadi pemantauan sangat mudah untuk dilakukan. Tengok la kamera yang di pasang. Orang memang susah nak lari punya. Nak buang sampah dan meludah pun orang tak berani.
    Harga makan kat restoran pula lebih mahal dari harga makan kat MAlaysia. Harga nasi ayam di singapore dalam SGD3.50 kat Malaysia baru RM4.00 .begitu juga dengan minuman, Milo ais di Singapore SGD1.30 kat Malaysia paling mahalpun baru RM1.8 . Tu la sebabnya banyak rakyat Singapore yang akan turun ke JB untuk makan-makan.
    Tapi disebaliknya rakyat Singapore ni ramai yang tertekan dengan kehidupan disana. Baik dari segi Ekonomi dan sosial. Di sana cara pengurusan kerja agak keras. Maklum la kebanyakkan orang kat singapore ni terdiri dari keturunan orang cina dan kita tahu cara orang cina ni agak keras bila memerintah. Mungkin mereka terbawa-bawa dengan fahaman komunis dari negara China. Bukannya cina Singapore je. Tapi Cina Malaysia pun ada yang masih ramai yang mengamalkan cara tersebut. Tapi banyak juga orang cina di Malaysia yang dah berevolusi dan tidak mengamalkan pengurusan secara keras terutamanya bila dengan keluarga.
    Saya harap info ini dapat membantu anda sedikit sebanyak tentang kehidupan di Singapore. Jadi jika ada yang tertekan bekerja tu. Jangan dilayan sangat tekanan anda tu. Fikirkan yang anda bekerja untuk dapat duit sahaja. Bila dah banyak kumpul duit baru balik Kampung.

No comments:

Post a Comment