Wednesday, September 29, 2010

Mencari Kerja di Singapura

Sekarang ini terdapat banyak jawatan kosong dan bergaji lumayan di singapura. Sekiranya anda berminat untuk mencari kerja yang menawarkan gaji yang besar boleh la mencuba untuk bekerja di Singapura. Ramai majikan di Singapura yang terpaksa menggunakan buruh asing bagi menjalankan perniagaan mereka. Malah Kerjaan Singapura juga ada menggunakan buruh asing untuk bekerja. Ini kerana factor kekurangan pekerja di Negara Singapura sedangkan keadaan ekonomi di Negara Singapura sangat baik.
Kenapa Singapura kekurangan pekerja? Antara jawapan yang boleh diberikan ialah yang pertamanya ramai rakyat Singapura yang berhijrah ke Negara lain terutamanya ke Malaysia. Yang kedua ialah undang-undang yang pernah dikenakan oleh kerajaan Negara Singapura sendiri terhadap rakyatnya satu ketika dahulu iaitu tidak menggalakkan rakyat mereka yang telah berkahwin supaya tidak mempunyai lebih dari dua anak. Sekiranya terlebih maka mereka akan dikenakan denda bayaran. Selain itu rata-rata rakyat mereka sekarang ni lebih selesa hidup membujang daripada berkahwin. Alasannya ialah perkahwinan adalah merupakan bebanan dan banyak mendatangkan masalah memandangkan kos sara hidup di Negara itu yang semakin meninggi.Kelebihan bekerja di Singapura ialah yang pertamanya gaji. Kebanyakan rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura menikmati gaji sebanyak RM2000 ke atas. Ini kerana mata wang singapura ada dua kali ganda lebih tinggi daripada mata wang Malaysia iaitu sebanyak RM2.30 bagi setiap satu dollar. Anggaran ini adalah bergantung pada kadar turun naik mata wang kita sama ada banyak atau sedikit. Paling tinggi mata wang singapura yang pernah saya nikmati ialah RM2.42 bagi setiap satu dollar. Purata paling kurang gaji rakyat malaysia yang bekerja disingapura adalah sebanyak SGD650 bagi tukang sapu sampah. Saya pernah berjumpa pekerja sapu sampah yang menikmati gaji permulaan sebanyak SGD850 sebulan gaji tetap, masa bekerja adalah 8 jam sehari dan cuti pada hari sabtu dan ahad. Pada keb iasaannya mereka akan mendapat kerja lebih masa atau Overtime dan paling kurang gaji mereka adalah dalam lingkungan sgd1000 dollar ke atas. Yang keduanya ialah transport. Tidak semua akan mendapat kelebihan ini. Hanya sesetengah syarikat sahaja yang menawarkan kelebihan seperti ini terutamanya kilang. Tetapi yang sebenarnya waktu perjalanan di dalam negara singapura tidaklah lama seperti di Malaysia. Ini kerana negara singapura bukanlah negara yang besar. Waktu yang diperlukan untuk sampai ke destinasi kerja adalah tidak lama, paling lama adalah dalam satu jam. Paling dekat pula adalah 5 ke 10 minit. Kelebihan yang ketiga ialah anda boleh tinggal di Malaysia dan berulang alik ke Singapura. Untuk tinggal di Singapura memerlukan kos yang banyak kerana kos sara hidup di Singapura amatlah tinggi. Ada yang tinggal di Singapura kerana lebih selesa untuk ke tempat kerja. Tetapi kebanyakkannya semua akan pulang ke Johor Bahru kerana lebih sukakan kos sara hidup yang lebih rendah. Ramai juga rakyat Singapura yang tinggal di Johor Bahru kerana kos sara hidup yang rendah ini. Kelebihan ke empat ialah work permit dibayar oleh majikan. Kebannyakkan majikan diMalaysia tidak membayar work permit bagi pekerja asing yang bekerja dengan mereka. Tetapi keadaan sebaliknya di Singapura. Majikan akan mebayar semua work permit bagi pekerja asing yang bekerja dengan mereka iaitu sebanyak SGD150 sebulan.
Bagi mereka yang berminat tetapi tidak tahu bagaimana untuk bekerja di Singapura, disini saya akan berkongsi tips-tips untuk bekerja di Singapura tanpa merisikokan dan merugikan diri anda dengan perkhidmatan agen yang tidak diketahui ketelusan dan keberkesanannya. Disamping itu anda juga berpeluang untuk memilih pekerjaan kesukaan anda ataupun pekerjaan yang menawarkan gaji yang banyak.Tips 1 - PassportAnda hendaklah membuat passport sendiiri. Ini penting kerana untuk memasuki negara singapura anda perlu mempunyai passport yang sah dan tidak luput tarikh. Ia juga penting untuk membuat work permit. Untuk membuat passport anda perlulah pergi ke jabatan imigresen yang berdekatan. Kos untuk membuat passport tidak lah mahal. Cuma dalam RM300 sahaja dan bagi mereka yang ingin bekerja di Singapura anda hanya perlu membeli passport yang berharga RM100 sahaja. Bezanya antara passport berharga RM100 dan passport berharga RM300 ialah passport berharga RM100 mempunyai bilangan muka surat yang kurang daripada passport yang berharga RM300. Pastikan passport anda sentiasa ditangan anda dan jangan sesekali memberi majikan atau agen untuk simpanan mereka. Sekiranya passport anda hilang ketika berada di Singapura, anda tidak perlu risau kerana kerajaan kita mempunyai pegawai khas atau duta yang di tugaskan di Singapura yang boleh membantu anda untuk pulang ke Malaysia. Tetapi anda perlu tinggal di Singapura selama beberapa hari sebelum pegawai tersebut dapat benar-benar membawa anda pulang ke Malaysia. Oleh itu pastikan anda sentiasa mempunyai duit yang cukup semasa berada di Singapura. Wang yang perlu sentiasa anda ada di Singapura adalah sekurang-kurangnya SGD50 iaitu RM115. Ini adalah bagi memastikan anda sentiasa dapat pulang ke Malaysia sekiranya berlaku kecemesan.
Tips 2 – Duit Modal
Duit modal untuk memulakan kerja di Singapura amatlah penting kerana di Singapura mata wangnya lebih tinggi dari Ringgit Malaysia. Oleh itu anda memerlukan modal yang banyak baik dari segi pengangkutan, tempat tinggal dan makan dan minum. Sebaiknya anda mempunyai rakan yang ingin bersama kerja di Singapura. Untuk Kos keseluruhan akan saya terangkan di akhir Tips-tips.
Tips 3 – Tempat Tinggal
Saya cadangkan anda menyewa bilik di kawasan yang berdekatan dengan kastam Johor bahru sebagai permulaan anda disini. Ini adalah untuk memudahkan pergerakan anda ke Singapura dan anda tidak perlu mengambil masa yang lama untuk ke Singapura. Kawasan yang saya cadangkan ialah Larkin, Taman Sentosa dan Taman Pelangi. Kenapa sewa bilik dan tidak sewa rumah? Ini kerana kadar sewa bilik dan sewa rumah adalah lebih tinggi daripada mana-mana kawasan di Semenanjung Malaysia. Kadarnya adalah hampir sama dengan kadar sewa di Tengah Kuala Lumpur. Kadar sewa bilik rata2 adalah RM350. Kadar sewa rumah paling kurang adalah RM650 bagi Apartmen murah. Untuk permulaan kadar sewa adalah 2+1 atau 3+1 bergantung kepada tuan rumah. Tetapi bagi mereka yang tiada modal yang banyak boleh juga cuba berunding dengan tuan rumah. Ada juga tuan rumah yang memahami kesukaran anda yang ingin memulakan kerjaya di Singapura. Oleh itu pandai-pandailah anda berunding dengan tuan rumah dan jelaskan masalah anda dengan jujur. Setiap bilik atau rumah mempunyai kadar sewa yang berbeza mengikut kawasan dan jenis. Oleh itu anda perlu membuat senarai dan perbandingan tentang rumah mana yang hendak anda sewa. Bagi sesiapa yang ingin menyewa dan tinggal di Singapura pula saya cadangkan batalkan sahajalah niat anda itu. Ini kerana kadar sewa di Singapura adalah amat tinggi sekali. Kebanyak pendatang asing yang menyewa di singapura Cuma mampu menyewa sebuah katil dan bukan bilik. Kadar sewa katil yang paling murah di singapura adalah SGD180. Kadar sewa bilik yang paling murah pula adalah SGD550.
Tips 4 – Makan dan minum.
Harga makan dan minum di Johor Bahru adalah mahal sedikit daripada harga makan dan minum di daerah-daerah lain di Semenanjung Malaysia. Ini kerana kenaikan harga makan dan minum di sini adalah kerana tempias dari Singapura yang mahal harga makanannya. Di Singapura harga makanannya adalah lebih kurang sama dengan Malaysia. Tetapi disebabkan harga matawang yang tinggi, menjadikan harga makanan di Singapura adalah dua kali ganda lebih mahal dari makanan Malaysia. Sebagai contoh, harga Nasi Ayam di Singapura adalah SGD4.00, Pau adalah SGD1.30, Coke tin adalah SGD2.00 . Jadi kebanyakkan rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura akan membawa bekalan setiap kali ke Singapura. Untuk mendapatkan makanan yang halal juga sedikit susah dan sukar untuk membuat pilihan kerana majority rakyat dan peniaga di Singapura adalah cina.
Tips 5 – Pengangkutan.
Anda mempunyai 4 pilihan pengangkutan di sini. Iaitu Kereta, Motosikal, Bas dan MRT (keretapi elektrik seperti LRT & Komuter).
Bagi yang ingin menggunakan pengangkutan awam, pengangkutan yang popular adalah bas dan MRT. Ia adalah cara yang paling mudah untuk bergerak di Singapura kerana anda tidak perlu mengenal pasti jalan dan setiap MRT mempunyai peta masing dan rangkaian MRT di Singapura merangkumi hampir seluruh pulau tersebut. Anda Cuma perlu bertanya dengan petugas-petugas yang bertugas sekiranya anda tidak tahu. Tidak perlu bimbang untuk bertanya didalam bahasa melayu. Ini kerana kebanyakkan petugas-petugas tersebut boleh berbahasa melayu. Anda digalakkan untuk membeli sejenis kad bernama ‘easy link’ bagi memudahkan pembayaran anda dan penggunaannya akan memberikan anda diskaun bayaran berbanding dengan bayaran secara tunai. Kad ‘easy link’ tersebut boleh dibeli di kaunter-kaunter MRT atau 7-eleven. Kad tersebut juga boleh digunakan untuk membeli makanan ketika berada di Bandar Singapura dan perlu di top-up sekiranya telah habis. Kos untuk membeli sekeping kad ialah SGD10 dan mempunyai credit SGD4 untuk digunakan. Tetapi ianya Cuma boleh digunakan di restoran-restoran tertentu sahaja. Saya akan menerangkan bagaimana cara untuk menggunakan pengangkutan di Singapura selepas selesai saya menerangkan tips-tips saya.
Kereta merupakan pilihan yang paling tidak digalakkan kerana keadaan trafik di JB selalunya sesak dan kos untuk ke Singura pula adalah mahal. Bagi rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura, untuk membawa kereta anda perlu membayar autopass sebanyak SGD20 sehari. Bagi Motorsikal pula anda k perlu membayar autopass sebanyak SGD 4 sehari. Tetapi sekiranya anda masuk ke Singapura pada hari sabtu dan ahad, autopass anda adalah percuma jika anda slot kad Autopass anda pada hari tersebut. Apa itu autopass? Autopass adalah sejenis kad yang perlu dipunyai bagi setiap pekerja dari Malaysia yang ingin keluar masuk Singapura dengan menggunakan kenderaan sendiri. Anda perlu top-up kad auto pass tersebut sekiranya duit didalamnya telah habis. Untuk membeli autopass tersebut anda perlu membayar SGD25. Ia boleh dibeli sewaktu anda memasuki Singapura. Tetapi sekiranya anda masih belum bekerja di Singapura tidak perlulah membeli autopass tersebut. Selain itu anda perlu memasang mesin ERP di kenderaan anda sekiranya anda hendak bergerak ke kawasan Bandar. Mesin ERP ini adalah sejenis alat yang digunakan untuk membayar tol secara automatic kepada pengguna jalanraya. Tol kebanyakkannya adalah SGD1-SGD1.5. Kos bagi sebuah mesin ERP adalah SGD 150. Anda perlu memasukkan kad autopass ataupun easy link ke dalam mesin tersebut untuk pembayaran setiap kali melalui dibawah gerbang Gantry (Tol). Tol di singapura tidak mempunyai pondok-pondok tol untuk tujuan bayaran tetapi sebalikknya mempunyai pintu gerbang yang boleh mengesan pembayaran yang dibuat melalui mesin ERP. Di Malaysia kita mempunyai alat seumpamanya iaitu smart tag – touch n go. Tetapi tidak semestinya anda membeli mesin ini. Kerana masin ini hanya diperlukan bagi mereka yang bekerja dibandar atau mereka yang ingin pergi ke Bandar. Penggunaan mesin ini bukan hanya kepada kereta dan lori sahaja, motorsikal juga diwajibkan memakai mesin terebut sekiranya perlu ke Bandar. Sekiranya anda tidak mempunyai mesin tersebut, anda akan disaman sebanyak SGD5 kereta dan SG70 untuk motor setiap kali anda melalui gerbang ERP tersebut. Gerbang tersebut berupaya mengesan kenderaan yang tidak memasang mesin tersebut dan mengambil gambar bagi tujuan saman. Namun begitu tidak setiap masa anda perlu membayar tol tersebut. Ada waktu-waktu tertentu sahaja tol akan dikenakan. Satu jadual akan diberikan kepada anda sewaktu anda membeli autopass. Sekiranya mereka tidak memberi atau terlupa member jadual tersebut, mintalah kepada pegawai bertugas tersebut. Oleh itu bolehlah anda mengelak dari menggunakan mesin ERP atau membayar tol.
Jalan raya diSingapura mempunyai banyak kamera yang mengawasi pengguna jalan raya. Kamera ini sangat sensitive dan akan snap atau merakam pengguna jalan raya yang membuat kesalahan trafik secara automatik, sama ada melebihi had laju, melanggar lampu trafik dan sebagainya. Oleh itu dinasihatkan agar anda berhati-hati dari membuat kesalahan. Perhatikan tanda had laju ditepi jalan. Amaran bagi penunggang motorsikal. Kebiasaannnya penunggang di Malaysia digalakkan menggunakan bahu jalan ketika menggunakan lebuh raya. Tetapi sebaliknya di Singapura anda akan disaman sebanyak SGD120 sekiranya anda berada di bahu jalan. Oleh adalah dinasihatkan penunggang motorsikal agar tidak berada di bahu jalan atau diatas garisan putih bahu jalan bagi mengelakkan dari disaman. Perlu diingat bahawa kamera jalan di Singapura sangatlah sensitive kepada setiap kesalahan trafik yang anda lakukan. Pemandu kenderaan kereta juga hendaklah mengambil perhatian tentang kesalahan ini.
Bagi mengelakkan anda dari tersesat, anda bolehlah membeli peta singapura di kedai-kedai buku seperti Popular dan MPH yang Cuma berharga RM13.90 sahaja. Pastikan didalamnya terdapat semua nama-nama jalan dan kedudukan gerbang-gerbang ERP yang dinamakan Gantry. Di sini semua orang mengenal tempat melalui nama jalan. Dengan mengunakan peta tersebut, peratus anda untuk sesat adalah amat kurang sekali.
Untuk memulakan kerja adalah digalakkan anda menggunakan pengangkutan awam seperti bas dan MRT. Bagi memudahkan anda mengenalpasti jalan yang mana yang boleh anda lalui. Anda juga boleh belajar jalan daripada rakan-rakan anda.
Tips 6 – Pelajaran.
Sekiranya anda mempunyai SPM, maka peluang anda untuk mendapatkan pekerjaan semakin cerah. Ini kerana rata-rata syarikat mahukan pekerja Malaysia yang mempunyai SPM dan sijil SPM anda perlu kan sekurang-kurangnya 2 atau 3 matapelajaran yang kredit. Namun sekiranya anda hanya mempunyai PMR juga anda masih boleh bekerja di Singapura, bergantung kepada syarikat yang mahu mengambil anda. lebih mudah sekiranya anda meminta khidmat bantuan agen.
Anda juga perlu menguasai Bahasa Inggeris dengan baik. Bagi mereka yang tidak fasih berbahasa inggeris tidak perlu risau. Ini kerana banyak syarikat yang terdesak memerlukan pekerja walaupun pekerja tersebut tidak fasih berbahasa inggeris. Tetapi pekerja tersebut hendaklah fasih berbahasa melayu atau bahasa china. Perlu diingat bahawa singapura satu ketika dahulu adalah sebahagian daripada Malaysia. Jadi kebanyakkannya masih boleh berbahasa melayu. Bagi mereka yang boleh berbahasa china, ini merupakan bonus bagi anda. Ini kerana tidak susah bagi anda untuk meminta kerja. Walaupun bahasa perantaraan Singapura adalah bahasa inggeris, tetapi majority rakyat singapura adalah bahasa china. Jadi mereka lebih senang berbicara dalam bahasa china sekiranya anda tidak faham atau fasih berbahasa inggeris.
Selain itu anda juga boleh belajar bahasa inggeris dengan cara memasuki kelas-kelas tuisyen bahasa inggeris yang banyak boleh didapat di pusat-pusat tuisyen sekarang ini. Kos untuk belajar bahasa inggeris tidaklah mahal iaitu sekurang-kurangnya RM70 sebulan. Anda tidak akan rugi apa-apa. Paling tidak pun anda akan mempunyai kemahiran berbahasa inggeris dan boleh juga digunakan di Malaysia. Pada pandangan orang-orang di Malaysia, mereka yang mahir menggunakan bahasa inggeris adalah merupakan orang yang mempunyai kelas status yang tinggi dan wajar dihormati.
Tips 7 – Mencari pekerjaan
Sekiranya anda membaca ruangan saya tentang cara untuk memasuki singapura menggunakan pengangkutan awam, pasti anda akan tahu bagaimana untuk mencari pekerjaan. Ruangan tesebut ditulis selepas semua tips-tips diterangkan.
Setelah anda memasuki singapura anda boleh mencari pekerjaan dengan cara membeli akhbar di Singapura. Antara akhbar yang boleh dibeli ialah berita harian, The New Straits Time, The Sun dan sebagainya. Harganya Cuma satu dollar setiap satu. Dari situ anda akan dapat melihat banyak pekerjaan yang boleh anda mohon sama ada temuduga secara terbuka atau menghantar surat. Tetapi kebanyakkannya adalah secara temuduga terbuka. Bagi mereka yang ingin bekerja dikilang-kilang, kebanyakkan no yang ada di akhbar adalah no agen. Tetapi anda tidak perlu risau. Ini kerana agen-agen yang diiklankan di akhbar Singapura adalah boleh dipercayai dan tidak mengenakan apa-apa bayaran kepada anda. Berbeza dengan agen-agen di Malaysia yang memerlukan anda membayar sejumlah wang tertentu dan tidak boleh dipercayai kesahihannya.
Anda juga boleh mencuba dengan cara terus pergi ke mana-mana syarikat tanpa perlu merujuk kepada akhbar. Ada juga kedai-kedai atau restoran-restoran yang mengenakan iklan jawatan kosong yang memerlukan pekerja dipremis masing-masing. Oleh it anda Cuma memerlukan sedikit keberanian untuk bertanya.
Selain dari itu anda boleh mencari pekerjaan melalui Internet di www.jobstreet.com . Ini juga adalah salah satu daripadanya untuk mencari pekerjaan di singapura.
Pastikan pekerjaan yang dimohon tersebut adalah selaras dengan minat dan gaji yang berpatutan atau gaji yang paling tinggi yang boleh anda dapati. Ini kerana dikhuatiri akan menjadi masalah kepada anda untuk memohon pekerjaan yang lain sekiranya anda tidak berminat atau tiba-tiba berhenti dari pekerjaan yang sedia ada seperti yang telah terjadi kepada saya. Pastikan kerja tersebut adalah kerja yang paling anda rasa berbaloi dari awal anda meminta pekerjaan. Di Singapura mempunyai banyak pekerjaan yang mennarik dan menawarkan gaji yang tinggi. Jadi anda perlu berhati-hati memilih pekerjaan agar tidak memilih pekerjaan yang bergaji rendah atau yang tidak anda minati. Bekerjalah sehingga sekurang-kurangnya anda boleh mendapat peluang membuat pilihan sama ada mahu menjadi permenant resident (PR) atau tidak. Sekiranya anda mendapat status PR adalah mudah untuk anda mendapat atau mencari pekerjaan yang lain. Ini kerana majikan tidak perlu membayar work permit lagi sekiranya anda adalah PR.
Sekiranya anda tidak mahir bercakap bahasa Inggeris atau hanya mempunyai PMR. Saya nasihatkan anda supaya memohon pekerjaan sebagai cleaner sahaja. Kerana ia adalah kerja yang paling mudah untuk didapati. Tidak perlu risau tentang gaji. Walau pun tidak sebanyak gaji seperti pekerjaan-pekerjaan yang lain, tetapi setelah ditukar kepada Ringgit Malaysia jumlah wang yang sepatutnya anda terima adalah paling kurang RM1700. Sekiranya ada overtime. Anda boleh mendapat RM2000 lebih.
Sekiranya anda terbaca iklan jawatan kosong seperti Auxiliry Police ataupun apa-apa Security, tidak perlulah menyusahkan diri anda memohon pekerjaan tersebut. Memang tawarannya menarik, gaji besar dan bermacam-macam kemudahan. Tetapi hakikatnya mereka tidak mengambil orang melayu dan sekiranya orang china dan india pula amat susah untuk melepas temuduga yang dibuat.


Cara untuk memasuki singapura
- Pastikan anda menukar duit RM kepada Dollar Singapura di pengurup wang (Money Changger) yang berdekatan. Anda perlu mempunyai sekurang-kurangnya SGD15. Tetapi saya nasihatkan anda membawa sekurang-kurangnya SGD50 sebagai persediaan sekiranya berlaku apa-apa.
- Pasti kan anda pergi ke balai berlepas kastam johor. Anda juga boleh pergi ke kastam johor melalui shoping kompleks yang bernama City Square(CS).
- Setelah anda scan passport di kastam johor bahru,terus ke bahagian ruangan me menunggu bas. Biasanya semua yang scan passport di kaunter kastam Johor Bahru akan terus ke ruangan menunggu bas. Jadi tidak susah untuk anda mencari ruangan tesebut. Anda Cuma perlu menaiki bas SBS yang bernombor 170 atau bas berwarna kuning causeway CW1 untuk ke MRT keranji. Sekiranya tidak jumpa. Bertanyalah kepada pegawai bertugas atau sesiapa sahaja yang boleh dirujuk. Jangan takut kerana di situ ramai orang yang boleh anda tanya.
- Tambang yang perlu anda bayar ialah RM1 untuk SBS 170 dan RM0.90 untuk bas kuning causeway CW1. Bas ini akan membawa anda ke MRT keranji. Tetapi sebelum itu anda perlu cop passport anda di kastam Singapura. Jangka masa yang diambil dari Kastam johor ke Kastam singapura iala dalam 10 minit dengan bas. Sekiranya anda menggunakan motorsikal anda hanya memerlukan masa tak sampai 5 minit untuk sampai ke kastam Singapura.
- Simpan tiket yang diberi dan jangan dibuang.
- Apabila sampai di kastam singapura semua penumpang akan turun untuk cop passport dikaunter kastam singapura. Jangan takut sekiranya anda Nampak semua orang berlari-lari ke kaunter kerana kebanyakkannya terkejar-kejar hendak bekerja ataupun tak mahu beratur panjang. Anda juga tidak perlu takut akan terlepas bas kerana ada banyak bas untuk ke singapura iaitu bas yang anda naiki sebelum ini.
- Setelah cop passport anda, terus ke bahagian ruangan menunggu bas. Sila ikut orang sekeliling yang pergi ke ruangan mennunggu bas atau bertanya kepada pegawai bertugas sekiranya anda masih tidak berjumpa dan hendaklah berhati-hati kerana ada juga yang terus ke woodland iaitu salah satu tempat di Singapura yang berdekatan dengan Kastam dan hanya perlu jalan kaki dari kastam singapura untuk sampai. Oleh itu pastikan anda terus ke bawah ke bahagian ruangan menunggu bas.
- Setelah itu anda perlu naiki bas yang anda naiki sebelum ini iaitu sama ada SBS 170 atau bas kuning causeway CW1. Tunjukkan tiket yang anda simpan tadi supaya anda tidak perlu membayar dua kali. Jangka masa untuk tiba ke MRT keranji ialah dalam 10 minit. Sekiranya anda menggunakan motosikal adalah dalam masa 5 minit.
- Bas tersebut akan membawa anda ke Station MRT di Keranji. Apa bila Sampai di situ semua penumpang akan turun.
- Apabila anda berada di MRT keranji, disitu terdapat kedai yang boleh anda beli akhbar yang mempunyai iklan-iklan jawatan kosong.
- Dari situ anda mempunyai pilihan sama ada mahu mencari pekerjaan melalui akhbar atau terus ke premis yang menjadi pilihan anda.
- Kebanyakkan agen kilang akan meminta anda menunggu di stesyen MRT yang tertentu. Jadi tidak susah untuk anda pergi dari MRT keranji. Setelah itu agen tersebut akan membawa anda menaiki van ke kilang-kilang yang memerlukan pekerjaan. Anda tidak perlu risau untuk membayar kerana agen tersebut tidak akan meminta bayaran.
- Untuk pergi ke Stesyen MRT yang lain anda Cuma perlu membeli tiket di mesin tiket MRT. Sekiranya anda tidak tahu boleh lah bertanya kepada petugas yang ada disitu tentang cara membeli tiket dan cara untuk sampai ke destinasi yang ditujui. Tiket yang dibeli adalah dalam bentuk kad. Pastikan anda kembalikan kad tersebut ke mesin tersebut untuk mendapat pulangan wang 1 dollar.
- Sekiranya anda tidak fasih berbahasa inggeris, boleh la menggunakan bahasa melayu apabila hendak bertanya kepada petugas-petugas MRT tersebut.
- Ada sesetegah agen yang tidak akan menghantar anda kembali ke MRT tersebut. Oleh itu anda harus bertanya tentang cara untuk anda kembali ke MRT tersebut untuk anda pulang ke MRT Keranji.
- Untuk ke Bandar anda memerlukan sekurang-kurangnya SGD3 iaitu ke MRT Orchard. Di situ anda boleh pergi ke restoran-restoran atau ke kedai-kedai dan bertanya sendiri sama ada mereka mempunyai jawatan kosong (Job vacancy). Mart yang perlu anda ambil ialah MRT yang menuju ke Marina Bay. Jangka masa untuk tiba ke MRT Orchard ialah dalam 45 minit. Tetapi sekiranya anda menaiki motorsikal, jangka masa yang diperlukan ialah dalam 20 ke 30 minit. Sekiranya anda menggikut had kelajuan maksimum yang di benarkan di Lebuh Raya, anda hanya memerlukan masa sebanyak 15 minit sahaja untuk tiba ke kastam. Kos minyak motorsikal adalah dalam RM3.
- Untuk kembali semula ke MRT Keranji, anda perlu pergi semula ke stesyen MRT yang anda naiki dan memilih MRT yang menuju ke Jurong/woodland. Anda perlu membeli tiket semula untuk menaiki MRT tersebut. Wang yang diperlukan ialah SGD3 dollar untuk tiket dari MRT Orchard ke MRT Keranji.
- Dari MRT Keranji anda perlu menaiki bas SBS 170 atau bas kuning causeway CW1 untuk kembali ke Johor Bahru. Tambang yang perlu anda bayar ialah SGD1 untuk bas SBS 170 dan SGD0.80 untuk bas kuning causeway CW1.
- Seperti mula-mula tadi anda akan ke kastam Singapura dulu untuk cop passport. Pastikan anda turun tangga setelah anda cop passport dan menuju ke ruangan menunggu bas.
- Setelah itu, barulah anda akan ke kastam johor bahru untuk tujuan scan passport dan kembali ke Malaysia. Sekiranya anda menggunakan motorsikal, adalah amat melegakan sekiranya anda mengelak waktu-waktu puncak dimana kastam Singapura akan sesak dengan penunggang-penunggang motorsikal yang hendak kembali ke Malaysia. Anda mungkin akan terperangkap didalam kesesakan dan anda terpaksa berada di dalam kesesakan tersebut selama 1 jam lebih. Waktu-waktu puncak tersebut ialah pada pukul 5.10 minit petang hingga ke 9 malam.
Mudah bukan? Sekiranya anda telah mahir keluar masuk Singapura, anda akan mendapati bahawa bekerja di Singapura bukanlah merupakan sesuatu yang susah.
Kos yang perlu disediakan untuk bekerja di Singapura

Bagi mereka yang menggunakan pengangkutan awam
Bagi mereka yang menaiki motorsikal yang mempunyai cc100.
1) Passport = RM100
2) Tambang ke Orchard dari kastam Malaysia untuk sebulan bagi tujuan kerja = SGD5.5 (RM13.75)sehari X 26 hari = SGD143(RM357.50)
3) Jumlah wang yang diperlukan bagi bulan pertama = RM457.50
4) Jumlah wang yang diperlukan bagi bulan yang seterusnya =
RM357.50

1) Passport = RM100
2) Bayaran Autopass bulan pertama – SGD25+(SGD4 X 22 hari) = SGD113
3) Bayaran Autopass bulan seterusnya – SGD4 X 22 = SGD88 (RM220)


Kesimpulannya bekerja di Singapura adalah sangat menguntungkan bagi sesiapa yang pandai mengambil peluang ini. Bukan sahaja di singapura, malahan sekiranya anda lebih berani, anda akan mendapati bekerja di Negara-negara yang mempunyai matawang yang lebih besar adalah amat mengujakan. Jadi fikir-fikirlah untuk masa depan anda. Bagaimana untuk anda mencari rezeki adalah terpulang kepada diri anda sendiri. Oleh itu buatlah satu keputusan yang boleh memberikan keselesaan kepada masa depan anda dan keluarga anda. Jangan biarkan diri anda berada di takuk yang sama. Pastikan anda sentiasa majukan diri anda dalam mencari rezeki baik dunia ataupun akhirat.